Sila pastikan anda menulis ;
- Tarikh booking
- Kawasan rawatan diminta
- Nama Penuh
- Alamat
- No telefon
- No Akaun dan Nama Bank
Pusat Rawatan Penjagaan Ketika Berpantang. Perkhidmatan Urut Tradisional (Wanita Sahaja), Urut Bersalin, Bertungku, Mandi Herba, Berbarut,Bertanggas, Penjagaan Bayi Dan Penginapan Rawatan di Pusat Rawatan Bagi Pelanggan yang datang dari jauh. Menjual jamu, set bersalin, bengkung, tungku, herba Dll. Pada Harga yang berpatutan!!
1. Azan dan iqamat -Azan pada telinga kanan dan iqamat pada telinga kiri.Sabda Rasulullah diriwayat oleh Baihaqi dan Ibnu Sunni dari Hasan bin Ali: “Sesiapa yang melahirkan anak maka hendaklah ia melakukan azan di telinga anaknya yang kanan serta iqamat pada telinga kiri, nescaya anak tidak dicabuli oleh Ummu Sibyan (jin perempuan yang mengganggu kanak-kanak)” 1. Membaca ayat Qulhuwallah (surah al-Ikhlas) dan ayat 36 surah al-Imran. -Rahsia dan kelebihannya adalah agar anak dihindari daripada gangguan dan tipu daya syaitan, menandakan kehebatan alam semesta ciptaan Allah, mengajar syariat Islam (melalui kalimah syahadah) dan menanamkan kalimah mulia dalam hati. 2. Memberi nama yang baik -Nama yang baik adalah nama-nama yang ada hubung kait dengan Islam atau pengertian yang indah. Tegas Rasulullah diriwayat oleh Muslim: “Nama-nama kamu yang kamu paling disukai oleh Allah ialah Abdullah dan Abdul Rahman” 3. Tahnik (Belah Mulut) -Menggunakan buah tamar yang dimamah lumat dan disuapkan sedikit kepada bayi dan gerakan ke kanan dan ke kiri. -Ini bertujuan untuk mendidik bayi agar mudah menyusu dan menjana sifat taqwa, kesejahteraan dan kefasihan lidah. 4. Cukur rambut -Sunat mencukur rambut bayi ketika bayi berusia 7 hari. -Berat rambut ditimbang sama dengan nilai emas atau perak dan disedekah dengan nilainya kepada fakir miskin. -Bercukur boleh melebatkan rambut, menguatkan kulit kepala, menyuburkan pancaindera (mata, penglihatan, pendengaran dan deria bau). -Adalah dilarang membuat jambul. Rasululah s.a.w menegaskan dari Abdilah bin Omar r.a berkata (hadis riwayat al-Sahihain): “Rasululah s.a.w telah melarang meninggalkan rambut bertompok-tompok” 5. Aqiqah -Sunat melakukan aqiqah ketika bayi berusia 7 hari. Dari Samrah bin Jundub r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda (hadis riwayat Abu Daud): “Tiap-tiap bayi itu tergadai dengan aqiqahnya. Disembelih kambing atau biri di hari yang ketujuh dan dicukurkan rambut serta diberi nama ke atasnya” -Anak lelaki disunatkan sembelih dua ekor kambing atau biri-biri dan satu ekor bagi anak perempuan (kambing atau biri sampai umur seperti untuk korban). Dari Habibah binti Maisarah (hadis riwayat Abu Daud):”Ia pernah mendengar Rasululah s.a.w berkata untuk lelaki dua ekor kambing yang sama besar dan untuk perempuan seekor kambing”-Daging aqiqah digalakkan di masak gulai manis dan tulangnya tidak dipatahkan. Sabda Rasululah (hadis riwayat al-Baihaqi): “Dari Aisyah r.a yang sunat dua ekor kambing yang sekupu (sama besar) untuk bayi lelaki dan bayi perempuan seekor dimasakkan secara berangkai-rangkai dan jangan dipatah-patahkan”
Kebanyakan kita tidak memandang berat tentang kepentingan uri kepada janin ketika dalam kandungan. Pada saat kelahiran bayi, ibu-bapa serta saudara-mara merasa gembira menyambutnya, tetapi seakan melupakan satu perkara iaitu uri yang telah menemani bayi tersebut. Uri tidak mendapat tempat yang sewajarnya dan tidak penting di saat kegembiraan itu, malah ada yang terus melupakannya. Terdapat segelintir suami yang tidak mahu mengambilnya lalu pihak hospital atau klinik mengumpul uri-uri tersebut untuk diberikan / didermakan kepada syarikat swasta. Uri tersebut diproses bagi memperolehi hormon-hormon yang terkandung di dalamnya. Hormon inilah yang banyak digunakan dalam alat-alat kecantikan dan solekan. Terdapat juga ibu-bapa yang terus membuangnya ke dalam tong sampah. Ada pula yang membiarkannya busuk atau diberikan kepada anjing. Tetapi ada juga suami yang perihatin yang mencari bidan untuk menguruskan uri anak mereka yang mana bidan akan di beri sedikit wang sebagai imbuhan. Namun, sekiranya kita faham tentang peranan dan tugas yang dilakukan oleh uri sepanjang tempoh pembesaran bayi dalam kandungan, kita pasti tidak sampai hati untuk mensia-siakannya. Uri merupakan teman karib bayi dalam kandungan. Uri memainkan peranan penting dalam membekalkan makanan dan oksigen serta membuang kumuhan atau sisa-sia daripada tubuh bayi seperti karbon dioksida dan sebagainya. Berikut adalah cara- cara yang betul bagi menguruskan uri: 1. Membasuh Uri Bawa balik Uri tersebut dan basuh.Tapi tak perlu basuh dengan sabun. Cukup dengan air paip biasa, alirkan pada uri biar semua sekali keluar dengan darah-darah yang melekat kat bahagian luar. Sebaiknya memakai sarung tangan supaya bau darah tu tak melekat pada tangan. Tekan-tekan sikit pada uri tu supaya keluar lebih sedikit darah yang ada. Uri memang penuh dengan salur darah, supaya bila Uri diangkat untuk dialihkan tidaklah meleleh darah yang keluar dari uri. Fokus utama ialah mengurangkan bau darah Uri tersebut supaya bila ditanam, tidak dihidu oleh binatang buas seperti anjing dan sebagainya. Sebelum membasuh uri, berniatlah terlebih dulu. Niatlah apa yang baik-baik untuk anak yang baru lahir dan yang sepatutnya. sebab ini jugalah uri ni patut diuruskan oleh bapa anak itu sendiri. Semasa membasuh Uri, eloklah bacakan Al-Fatihah, 3 Qul dan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W dan berzikir Nama-nama Allah. Ini adalah juga untuk memastikan Energy anak tersebut dilindungi oleh Energy positif melalui Zikir kita tadi. Selepas membasuh Uri dengan air paip tadi, keringkan sedikit dengan lap dengan kain napkin, selepas kering sedikit, letakkan Garam Bukit (Garam Biasa pun boleh), Asam Jawa 7-8 Keping pun sudah cukup. Ada juga sesetengah orang meletakkan Cuka. Ini sebenarnya untuk mengurangkan bau darah pada Uri tersebut. Kemudian Ambil Napkin dan balut Uri tersebut secara berlapis. 2.Menanam Uri Menanam Uri janganlah dilengahkan, kalau boleh dalam tempoh 24 jam mestilah ditanam untuk mengelakkan Uri tersebut menjadi kuat baunya. Tempat untuk ditanam Uri tidak perlu tempat khas, tetapi disarankan tanam di ruang kawasan yang terbuka seperti halaman rumah, ditepi jalan utama dan yang penting jangan tanam di dalam belukar , belakang rumah atau sebagainya kerana kawasan tersebut jarang dipantau dan dikhuatiri binatang buas mengorek tempat tanam Uri. Korek tanah sedalam mungkin, boleh agak dengan cara meletakkan kaki sehingga paras lutut normal. Semasa menanam niatlah supaya Uri tersebut selamat ditanam dan tidak diganggu oleh perkara yang tidak sepatutnya seperti anjing dan sebagainya. Baca Al-Fatihah , 3 Qul dan Berzikir dengan menyebut Nama Allah yang diingati seperti Ya Rahman, Ya Rahim dan sebagainya. Niat lain seperti, Wahai Uri Anakku, Jagalah Anakku dari sebarang gangguan luar yang tidak baik seperti yang telah kau lakukan ketika dalam perut Isteriku, bantulah Anakku ketika Anakku memerlukan tenaga mu. Perlu diingat, kita tidak meminta Uri tersebut menolong, tetapi meminta pada Allah Yang Satu. Uri adalah sebagai medium zahir yang nampak di mata kasar kita, dan kita meminta Energy dari Uri tersebut membantu anak kita.