Monday, February 7, 2011

amalan selepas Anak lahir

Amalan Selepas Kelahiran Bayi.

1. Azan dan iqamat -Azan pada telinga kanan dan iqamat pada telinga kiri.Sabda Rasulullah diriwayat oleh Baihaqi dan Ibnu Sunni dari Hasan bin Ali: “Sesiapa yang melahirkan anak maka hendaklah ia melakukan azan di telinga anaknya yang kanan serta iqamat pada telinga kiri, nescaya anak tidak dicabuli oleh Ummu Sibyan (jin perempuan yang mengganggu kanak-kanak)” 1. Membaca ayat Qulhuwallah (surah al-Ikhlas) dan ayat 36 surah al-Imran. -Rahsia dan kelebihannya adalah agar anak dihindari daripada gangguan dan tipu daya syaitan, menandakan kehebatan alam semesta ciptaan Allah, mengajar syariat Islam (melalui kalimah syahadah) dan menanamkan kalimah mulia dalam hati. 2. Memberi nama yang baik -Nama yang baik adalah nama-nama yang ada hubung kait dengan Islam atau pengertian yang indah. Tegas Rasulullah diriwayat oleh Muslim: “Nama-nama kamu yang kamu paling disukai oleh Allah ialah Abdullah dan Abdul Rahman” 3. Tahnik (Belah Mulut) -Menggunakan buah tamar yang dimamah lumat dan disuapkan sedikit kepada bayi dan gerakan ke kanan dan ke kiri. -Ini bertujuan untuk mendidik bayi agar mudah menyusu dan menjana sifat taqwa, kesejahteraan dan kefasihan lidah. 4. Cukur rambut -Sunat mencukur rambut bayi ketika bayi berusia 7 hari. -Berat rambut ditimbang sama dengan nilai emas atau perak dan disedekah dengan nilainya kepada fakir miskin. -Bercukur boleh melebatkan rambut, menguatkan kulit kepala, menyuburkan pancaindera (mata, penglihatan, pendengaran dan deria bau). -Adalah dilarang membuat jambul. Rasululah s.a.w menegaskan dari Abdilah bin Omar r.a berkata (hadis riwayat al-Sahihain): “Rasululah s.a.w telah melarang meninggalkan rambut bertompok-tompok” 5. Aqiqah -Sunat melakukan aqiqah ketika bayi berusia 7 hari. Dari Samrah bin Jundub r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda (hadis riwayat Abu Daud): “Tiap-tiap bayi itu tergadai dengan aqiqahnya. Disembelih kambing atau biri di hari yang ketujuh dan dicukurkan rambut serta diberi nama ke atasnya” -Anak lelaki disunatkan sembelih dua ekor kambing atau biri-biri dan satu ekor bagi anak perempuan (kambing atau biri sampai umur seperti untuk korban). Dari Habibah binti Maisarah (hadis riwayat Abu Daud):”Ia pernah mendengar Rasululah s.a.w berkata untuk lelaki dua ekor kambing yang sama besar dan untuk perempuan seekor kambing”-Daging aqiqah digalakkan di masak gulai manis dan tulangnya tidak dipatahkan. Sabda Rasululah (hadis riwayat al-Baihaqi): “Dari Aisyah r.a yang sunat dua ekor kambing yang sekupu (sama besar) untuk bayi lelaki dan bayi perempuan seekor dimasakkan secara berangkai-rangkai dan jangan dipatah-patahkan”

cara uruskan uri

Tanggung Jawab Suami/ Bapa Untuk Menguruskan Uri

Kebanyakan kita tidak memandang berat tentang kepentingan uri kepada janin ketika dalam kandungan. Pada saat kelahiran bayi, ibu-bapa serta saudara-mara merasa gembira menyambutnya, tetapi seakan melupakan satu perkara iaitu uri yang telah menemani bayi tersebut. Uri tidak mendapat tempat yang sewajarnya dan tidak penting di saat kegembiraan itu, malah ada yang terus melupakannya. Terdapat segelintir suami yang tidak mahu mengambilnya lalu pihak hospital atau klinik mengumpul uri-uri tersebut untuk diberikan / didermakan kepada syarikat swasta. Uri tersebut diproses bagi memperolehi hormon-hormon yang terkandung di dalamnya. Hormon inilah yang banyak digunakan dalam alat-alat kecantikan dan solekan. Terdapat juga ibu-bapa yang terus membuangnya ke dalam tong sampah. Ada pula yang membiarkannya busuk atau diberikan kepada anjing. Tetapi ada juga suami yang perihatin yang mencari bidan untuk menguruskan uri anak mereka yang mana bidan akan di beri sedikit wang sebagai imbuhan. Namun, sekiranya kita faham tentang peranan dan tugas yang dilakukan oleh uri sepanjang tempoh pembesaran bayi dalam kandungan, kita pasti tidak sampai hati untuk mensia-siakannya. Uri merupakan teman karib bayi dalam kandungan. Uri memainkan peranan penting dalam membekalkan makanan dan oksigen serta membuang kumuhan atau sisa-sia daripada tubuh bayi seperti karbon dioksida dan sebagainya. Berikut adalah cara- cara yang betul bagi menguruskan uri: 1. Membasuh Uri Bawa balik Uri tersebut dan basuh.Tapi tak perlu basuh dengan sabun. Cukup dengan air paip biasa, alirkan pada uri biar semua sekali keluar dengan darah-darah yang melekat kat bahagian luar. Sebaiknya memakai sarung tangan supaya bau darah tu tak melekat pada tangan. Tekan-tekan sikit pada uri tu supaya keluar lebih sedikit darah yang ada. Uri memang penuh dengan salur darah, supaya bila Uri diangkat untuk dialihkan tidaklah meleleh darah yang keluar dari uri. Fokus utama ialah mengurangkan bau darah Uri tersebut supaya bila ditanam, tidak dihidu oleh binatang buas seperti anjing dan sebagainya. Sebelum membasuh uri, berniatlah terlebih dulu. Niatlah apa yang baik-baik untuk anak yang baru lahir dan yang sepatutnya. sebab ini jugalah uri ni patut diuruskan oleh bapa anak itu sendiri. Semasa membasuh Uri, eloklah bacakan Al-Fatihah, 3 Qul dan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W dan berzikir Nama-nama Allah. Ini adalah juga untuk memastikan Energy anak tersebut dilindungi oleh Energy positif melalui Zikir kita tadi. Selepas membasuh Uri dengan air paip tadi, keringkan sedikit dengan lap dengan kain napkin, selepas kering sedikit, letakkan Garam Bukit (Garam Biasa pun boleh), Asam Jawa 7-8 Keping pun sudah cukup. Ada juga sesetengah orang meletakkan Cuka. Ini sebenarnya untuk mengurangkan bau darah pada Uri tersebut. Kemudian Ambil Napkin dan balut Uri tersebut secara berlapis. 2.Menanam Uri Menanam Uri janganlah dilengahkan, kalau boleh dalam tempoh 24 jam mestilah ditanam untuk mengelakkan Uri tersebut menjadi kuat baunya. Tempat untuk ditanam Uri tidak perlu tempat khas, tetapi disarankan tanam di ruang kawasan yang terbuka seperti halaman rumah, ditepi jalan utama dan yang penting jangan tanam di dalam belukar , belakang rumah atau sebagainya kerana kawasan tersebut jarang dipantau dan dikhuatiri binatang buas mengorek tempat tanam Uri. Korek tanah sedalam mungkin, boleh agak dengan cara meletakkan kaki sehingga paras lutut normal. Semasa menanam niatlah supaya Uri tersebut selamat ditanam dan tidak diganggu oleh perkara yang tidak sepatutnya seperti anjing dan sebagainya. Baca Al-Fatihah , 3 Qul dan Berzikir dengan menyebut Nama Allah yang diingati seperti Ya Rahman, Ya Rahim dan sebagainya. Niat lain seperti, Wahai Uri Anakku, Jagalah Anakku dari sebarang gangguan luar yang tidak baik seperti yang telah kau lakukan ketika dalam perut Isteriku, bantulah Anakku ketika Anakku memerlukan tenaga mu. Perlu diingat, kita tidak meminta Uri tersebut menolong, tetapi meminta pada Allah Yang Satu. Uri adalah sebagai medium zahir yang nampak di mata kasar kita, dan kita meminta Energy dari Uri tersebut membantu anak kita.

RAWATAN DAN PENJAGAAN POST NATAL

 TEMPAHAN AWAL DIPERLUKAN 
Pusat Rawatan Penjagaan Ketika Berpantang. Perkhidmatan Urut Tradisional (Wanita Sahaja), Urut Bersalin, Bertungku, Mandi Herba, Berbarut,Bertanggas, Penjagaan Bayi Dan Penginapan Rawatan di Pusat Rawatan Bagi Pelanggan yang datang dari jauh. Menjual jamu, set bersalin, bengkung, tungku, herba Dll. Pada Harga yang berpatutan!!



PERHATIAN KEPADA IBU YANG MENGANDUNG!!!

"Adakah Anda Mahu Miliki Tubuh Yang Cergas Selepas bersalin?"
Mahukah anda jika saya berkongsi rahsia yang terbukti berkesan untuk menurunkan berat badan dan masalah perut buncit dalam tempoh 44 hari berpantang?"
Selepas habis berpantang anda akan dapat merasai bahawa
"Anda lebih Anggun daripada gadis"
Dapatkan Rawatan Penjagaan Ketika Berpantang Bersama Kami Dan Rasailah Sendiri Rahsia Yang Kami Berikan.
Hubunggi Kami Segera 0125932075.
Email: qasehconfinement@hotmail.my


Perkhidmatan




Rawatan Penjagaan Dalam Pantang di rumah pelanggan atau di pusat rawatan kami.


  1. Urutan Tradisional - Sesuai untuk ibu selepas melahirkan. Melegakan urat– urat yang tegang pada seluruh badan. 
  2. Urutan Tradisional + Bertungku - Lebih sesuai untuk kesakitan yang teruk, amat sesuai untuk ibu selepas melahirkan. Lengguh– lengguh, sakit pinggan, tersalah urat.
  3. Urutan Pulih Badan - Untuk ibu dlm pantang. Melembutkan urat saraf dan otot yang tegang akibat meneran atau kurang pergerakan semasa pembedahan dan melancarkan aliran darah. (Rawatan dibuat 1hari selepas kelahiran).
  4. Urutan Bersalin + Bertungku - Melancarkan perjalanan nifas yg tersekat dan melembutkan urat serta memecahkan angin lendir. (Rawatan dibuat hari ke2 hingga 3hari)
  5. Urutan Bersalin + Bertungku + Ubat Barut - Mengelak kemasukkan angin sejuk di liang– liang perut dan mengelakkan badan mengembang (Kegemukan) serta perut buncit.(Rawatan dibuat hari 1—40@44hari)
  6. Mandian Herba/ Mandi Serong - Menyegarkan badan. Memulihkan semangat dari perasaan, gementar, gelisah, rimas, risau, lemah semangat, & gangguan oleh makhluk halus. Menggunakan Daun Herba terpilih.
  7. Rawatan Mandi Wap - Merawat bahagian sulit, menaktifkan pengeluaran peluh sebagai mengenyahkan racun di dalam badan & mengecutkan saluran peranakan. (Selepas hari 30 bersalin / Nifas kering / hari ke 6 haid).
  8. Rawatan Bertangas - Membantu mengeringkan saluran sulit serta memgelak peranakan dari kudis, luka, kulat & keputihan yang berbau.(Pada hari ke 31, 32,33)
  9. Rawatan Ukup Wangi -Membantu menghilangkan bau badan, terutama di bahagian ketiak serta di bahagian sulit. Rawatan ini menguatkan kemutan vagina & pulih dara.(Pada hari ke 40, 41, 42)
  10. Rawatan Berdiang / Menyalai - Mengunakan tilam panas– moden. Mengelak sakit pinggan, biasa urat saraf serta otot badan dan mempercepatkan kecut peranakaan. Awet muda, mantap, langsing dan menguatkan gagah otot– otot peranakaan.

Pekej- Pekej Penjimatan

1. RAWATAN PENJAGAAN DALAM PANTANG 3 HARI = RM300.00 Masa: 8.30pg – 12tgh


Rawatan yang di lakukan:-
 Urutan Tradisonal + Bertungku + Barut Rempah + Mandi Bayi + Rawatan bayi + Mandi Herba.
 Rawatan dilakukan dirumah pelanggana atau di Pusat Rawatan Kami.
 Kami pergi sendiri ke rumah pelanggan.
 Makanan untuk ibu bersalin kami masak di rumah pelanggan.
(Pelanggan perlu pastikan bahan- bahan untuk kami masak ada)
 Semua peralatan minyak, tungku, rempah barut dan daun herba kami sediakan.
 TAMBAHAN – Pelanggan akan diberi nasihat mengenai, permakanan, perbuatan, penjagaan, senaman dalaman untuk wanita anggun dan perawatan yang betul ketika berpantang sendiri.


Nota:
Sila buat tempahan 2 bulan lebih awal.
Bayaran tempahan sebanyak RM100 Sahaja.


2. RAWATAN PENJAGAAN PENUTUP 40@44HR = RM80.00


Rawatan yang dilakukan:-
 Urutan Tradisonal Penutup 40@44hr + Bertungku Naik Peranakan + Mandi Herba + Mandi Limau + Berbarut + Ubat Barut
 Rawatan dilakukan dirumah pelanggan atau di Pusat Rawatan.
 Kami pergi sendiri ke rumah pelanggan.
 Semua peralatan kami sediakan.


Nota:
Sila buat tempahan selepas 3 hari rawatan bersalin dibuat.
Bayaran tempahan sebanyak RM30 sahaja.


3. RAWATAN PENJAGAAN DALAM PANTANG DI PUSAT RAWATAN
-1 MINGGU Masa: 8.30pg -12tgh RM120 x 7 Hari = RM840.00 @ RM800 Sahaja.


Rawatan yang dilakukan:-
 Urutan Tradisonal + Bertungku + Barut Rempah + Mandi Herba + Mandi Bayi + Rawatan bayi + Menyalai / Berdiang.
 Makanan untuk ibu bersalin kami masak di Pusat Rawatan pelanggan.
(Pelanggan perlu pastikan bahan- bahan untuk kami masak ada)
 Semua peralatan minyak, tungku, rempah barut, tilam panas dan daun herba kami sediakan.
 TAMBAHAN – Pelanggan akan diberi nasihat mengenai, permakanan, perbuatan, penjagaan, senaman dalaman untuk wanita anggun dan perawatan yang betul ketika berpantang sendiri.


Nota:
Sila buat tempahan 2 bulan lebih awal.
Bayaran tempahan sebanyak RM200 Sahaja.


4. RAWATAN PENJAGAAN DALAM PANTANG DI PUSAT RAWATAN KAMI
1 MINGGU/ 2 Sesi + Makanan dan Minuman di sediakan (3 Kali Sehari)
MASA: 8.30pg – 12tgh (sesi 1) + 4.00ptg – 6ptg (sesi 2) + MAKANAN (3 Kali Sehari)
RM185 x 7 Hari = RM1295 @ RM1250 Sahaja.


Tugasan Kami di Pusat Rawatan,


SESI 1 – MASA: 8.30pg -12tgh
 Makanan + minuman ( pagi & tengahari ) untuk ibu dalam pantang. Kami sediakan makanan yang siap di masak berserta minuman dan pelanggan tidak perlu sediakan apa- apa bahan untuk kami masak.
 Urutan Tradisonal + Bertungku + Barut Rempah + Mandi Herba + Mandi Bayi + Rawatan bayi + Menyalai / Berdiang.


SESI 2 – MASA: 4.00pg -6ptg
 Urutan Pulih badan + Bertungku + Barut Rempah + Mandi Herba + Mandi Bayi + Rawatan bayi + Menyalai / Berdiang.
 Makanan + minuman petang / Malam untuk ibu dalam pantang kami sediakan.
 Semua peralatan minyak, tungku, rempah barut, tilam panas, daun herba dan bahan untuk makanan + minuman kami sediakan.
 TAMBAHAN – Pelanggan akan diberi nasihat mengenai, permakanan, perbuatan, penjagaan, senaman dalaman untuk wanita anggun dan perawatan yang betul ketika berpantang sendiri.


Nota:
Sila buat tempahan 2 bulan lebih awal.
Bayaran tempahan sebanyak RM200 Sahaja (bergantung kepada pakej).


5. RAWATAN PENJAGAAN DALAM PANTANG DI PUSAT RAWATAN KAMI
1 MINGGU / 2 sesi (Tanpa Makanan dan Minuman)
MASA: 8.30pg – 12tgh (sesi 1) + 4.00ptg – 6ptg (sesi 2) RM175 x 7 Hari = RM1225 @ RM1200 Sahaja.


Tugasan Kami di Pusat Rawatan,


SESI 1 – MASA: 8.30pg -12tgh
 Urutan Tradisonal + Bertungku + Barut Rempah + Mandi Herba + Mandi Bayi + Rawatan bayi + Menyalai / Berdiang.


SESI 2 – MASA: 4.00pg -6ptg
 Urutan Pulih badan + Bertungku + Barut Rempah + Mandi Herba + Mandi Bayi + Rawatan bayi + Menyalai / Berdiang.
 Semua peralatan minyak, tungku, rempah barut, tilam panas & daun herba kami sediakan.
 TAMBAHAN – Pelanggan akan diberi nasihat mengenai, permakanan, perbuatan, penjagaan, senaman dalaman untuk wanita anggun dan perawatan yang betul ketika berpantang sendiri.


Nota:
Sila buat tempahan 2 bulan lebih awal.
Bayaran tempahan sebanyak RM200 Sahaja.


PERINGATAN!
Sila buat tempahan rawatan penjagaan kita berpantang 2 bulan lebih awal. Bagi memudahkan kami mengatur jadual rawatan kami kerana jadual rawatan kami agak ketat.


Anda boleh membuat pembayaran tempahan terlebih dahulu.


Buatlah pembayaran mengikut keselesaan anda.


Pindahan Online (Online Transfer)
Kemasukan Terus Melalui Mesin Deposit Tunai (Cash Deposit Machine)
Pindahan Melalui ATM (Auto Teller Machine)
Deposit 'Bank-In' Di Kaunter


Nama: Pn Junaidah Abdul Rashid
No. A/C Maybank - 107161120599


No A/C CIMB - 0780063965526


PERHATIAN!
Selepas membuat pembayaran, sila maklumkan pakej penjimatan apa yang anda ingin tempah dan jumlah pembayaran. Sms atau email nama dan alamat penuh anda dengan segera!
TEL - 012-5932075
EMAIL: qasehconfinement@hotmail.my


Cara Pembayaran / Tempahan.

PROMOSI PENGHANTARAN PERCUMA!!!!
Jika ANDA BERADA DI SEKITAR P.PINANG, SUBANG, JOHOR BAHRU, GOMBAK???


Penghantaran terus ke rumah atau pejabat anda
Pembayaran semasa terima produk
Sms atau email - Detail untuk penghantaran !!




Anda boleh membuat pembayaran mengikut keselesaan anda.


Pindahan Online (Online Transfer)
Kemasukan Terus Melalui Mesin Deposit Tunai (Cash Deposit Machine)
Pindahan Melalui ATM (Auto Teller Machine)
Deposit 'Bank-In' Di Kaunter


Nama: Pn Junaidah Abdul Rashid
No. A/C Maybank - 107161120599


No A/C CIMB - 0780063965526


**** Harga penjagaan dan perkhidmatan terus ke rumah anda adalah berbeza**